More

    Facebook larang iklan penjualan topeng muka perubatan untuk elak eksploitasi

    Mulai hari ini, Facebook akan menguatkuasakan larangan sementara terhadap iklan penjualan topeng muka perubatan bagi membendung eksploitasi oleh golongan yang licik dalam mengambil kesempatan sewaktu panik tentang koronavirus semakin meningkat.

    Menurut pengarah pengurusan produk Facebook, Rob Leathern, syarikat media sosial itu akan mengawasi penularan COVID-19 dan akan melaksanakan tindakan sewajarnya jika mereka mendapati terdapat pihak yang ingin mengeksploitasi situasi kecemasan perubatan ini.

    “Kami jangkakan masih ada yang akan mengambil kesempatan sewaktu larangan ini dijalankan. Sila lapor kepada kami jika anda ternampak iklan yang berkaitan agar pasukan kami boleh mengambil tindakan,” kata Rob dalam Twitter.

    Larangan yang sama juga akan dikuatkuasakan dalam Instagram iaitu sebuah lagi platform media sosial yang dimiliki Facebook. Ketua Instagram, Adam Mosseri, berkata mereka menentang pihak yang mengeksplotasi keadaan kecemasan ini.

    Kami harap tiada orang di Malaysia yang menjadi sebahagian daripada orang yang tidak prihatin. Berikan komen anda berkenaan berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured