More

    Facebook masih berhati waja untuk wujudkan iklan di WhatsApp

    Jika di Malaysia, boleh dikatakan WhatsApp adalah salah satu medium perhubungan utama tidak mengira golongan umur. Terkini, sumber melaporkan impian Facebook untuk mewujudkan iklan dalam WhatsApp bakal tercapai.

    Untuk yang masih tidak tahu, WhatsApp telah dibeli oleh Facebook pada tahun 2014. Sebelum ini, Facebook telah mengumumkan langkah permulaan untuk menjual iklan di WhatsApp pada tahun 2020. Namun, syarikat tersebut sepertinya membuat keputusan untuk tidak meneruskan rancangan tersebut. Facebook telah membubarkan kumpulan yang pada mulanya ditugaskan untuk projek ini dan membuang semua pengekodan dari aplikasi itu.

    Walau bagaimanapun, laporan terkini menyatakan Facebook masih berusaha mencari mewujudkan iklan dalam WhatsApp. Tambah sumber, pengiklanan di WhatsApp akan wujud selepas kolaborasi di antara platform permesejan Facebook termasuklah Instagram dan Messenger. Apa pun, hal ini tidak akan terjadi dalam waktu yang terdekat.

    Di sebalik desas-desus ini, apakah pandangan anda sekiranya wujud pengiklanan di WhatsApp? Adakah WhatsApp akan kekal sebagai aplikasi percuma? Beritahu kami pandangan anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita aplikasi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured