Pengguna Facebook kini boleh menggunakan aplikasi tersebut dalam peranti pilihan mereka sambil mengaktifkan mod gelap (dark mode). Walau bagaimanapun, kemas kini tersebut akan disebarkan secara perlahan terutamanya untuk para pengguna Android.
Ikuti langkah di bawah untuk mengaktifkan mode gelap dalam aplikasi Facebook:
- Tekan pada ikon tiga baris di bahagian atas kanan untuk versi Android atau atas kiri untuk versi iOS.
- Leretkan skrin ke bawah ke bahagian Tetapan & Privasi atau Settings & Privacy jika anda menggunakan Bahasa Inggeris.
- Tekan pada butang Mod Gelap (Dark Mode) untuk mengaktifkan mode gelap. Butang tersebut akan berada di bawah Waktu Anda di Facebook (Your time on Facebook) dan atas Bahasa (App Languages).

Jika fungsi tersebut tiada dalam aplikasi Facebook anda, mungkin peranti anda masih belum dikemas kini dengan versi terbaru. Menurut seorang wakil Facebook, kemas kini mod gelap untuk peranti Android akan dilakukan secara perlahan.
Adakah anda akan menggunakan Mod Gelap dalam Facebook sebaik sahaja ia ditawarkan? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






