More

    Facebook perkenalkan FB Shops bagi membantu perniagaan kecil sewaktu pandemik COVID-19

    CEO Facebook, Mark Zuckerberg, hari ini mengumumkan bahawa syarikat media sosial itu melancarkan platform Facebook Shops demi membantu perniagaan kecil meneruskan operasi mereka sewaktu wabak COVID-19 menular. Ini diharapkan boleh mengurangkan impak ekonomi yang dihasilkan akibat wabak tersebut.

    Jika anda melawat sebuah laman Shop, anda boleh melihat senarai produk yang dijual, Story kedai tersebut dan anda juga boleh membeli produk mereka dalam Facebook sendiri.

    I just announced that we're launching Facebook Shops today – the basic idea is that any small business can easily start…

    Posted by Mark Zuckerberg on Selasa, 19 Mei 2020

    Mark mengatakan Facebook Shops adalah percuma untuk dibina. Apabila sebuah laman Shop dibina, ia akan terpapar dalam akaun Facebook dan Instagram anda, dan dalam Messenger dan WhatsApp pada masa akan datang. Pelanggan tidak perlu lagi bertukar aplikasi atau membuka pelayar web untuk membeli produk yang diinginkan, mereka boleh lakukan semuanya dalam Facebook.

    Facebook juga sedang membangunkan fungsi yang membolehkan pengguna perkhidmatan mereka untuk mencari produk yang mereka minati. Dalam Instagram, pengguna boleh mengakses tab Shopping dalam ruangan Explore di mana mereka boleh membeli barang daripada perniagaan kecil. Pada masa akan datang, akan terdapat juga fungsi membeli dalam siaran langsung di FB dan Instagram.

    Mark berharap semua alat yang boleh digunakan dalam Facebook, Instagram, Messenger dan WhatsApp ini akan memudahkan perniagaan kecil untuk meneruskan operasi mereka. Beritahu kami jika anda berminat dengan FB Shops ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Facebook Blog

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured