Instagram untuk kanak-kanak? Ya, itulah idea terkini menurut Naib Presiden Instagram Vishal Shah. Syarikat tersebut kini merancang untuk membina aplikasi versi pengguna bawah 13 tahun dan cadangan ini tersenarai dalam perkara yang perlu diutamakan. Untuk pengetahuan anda, aplikasi Instagram yang sedia ada tidak membenarkan individu berumur 13 tahun ke bawah untuk menggunakannya.
Vishal Shah mengulas lanjut bahawa Community Product Group akan memiliki dua fokus untuk aplikasi versi baharu ini. Pertama, meningkatkan integriti dan aspek privasi untuk memastikan keselamatan remaja dan kanak-kanak. Kedua, pembinaan Instagram untuk individu bawah umur 13 tahu buat pertama kali. Berkemungkinan, ia bakal mengikut jejak langkah YouTube Kids.
Pengumuman ini dibuat setelah kritikan terhadap remaja dalam menghadapi kes buli dan penderaan secara dalam talian. Projek ini akan diselia oleh CEO Instagram Adam Mosseri dan Naib Presiden Facebook Pavni Diwanji. Diwanji adalah bekas eksekutif di Google yang pernah terlibat dalam YouTube Kids.
Setakat ini, hanya maklumat ini sahaja yang dapat dimaklumkan kepada pemngguna Anda boleh membaca siaran rasmi bertajuk “Continuing to Make Instagram Safer for the Youngest Member of Our Community”. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: BuzzFeed News







