More

    Facebook, TikTok, WhatsApp dan Telegram adalah sasaran utama “scammer” di Malaysia

    Kementerian Komunikasi telah mengenal pasti empat platform media sosial utama iaitu Facebook, TikTok, WhatsApp dan Telegram sebagai tempat utama penjenayah melakukan penipuan dalam talian. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata kerugian akibat penipuan yang berlaku di platform-platform ini telah mencapai ratusan juta ringgit.

    Pada tahun 2023, kerugian akibat penipuan melalui Facebook dianggarkan sekitar RM500 juta dan jumlah kerugian adalah jauh lebih besar. Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, lebih 14 jenis penipuan telah dilakukan melalui media sosial selain penipuan menerusi panggilan telefon dan pertemuan secara fizikal.

    Beliau menjelaskan bahawa populariti empat platform media sosial ini dalam kalangan rakyat Malaysia menjadikannya sasaran utama bagi penjenayah. Ramai pengguna yang mudah tertipu dengan penipuan yang dilakukan melalui media sosial.

    Sehubungan itu, Fahmi mengumumkan bahawa sebuah kempen kesedaran penipuan dalam talian akan dilaksanakan dalam masa terdekat bermula dari peringkat sekolah. Tujuan kempen ini adalah untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa dan pelajar tentang penggunaan media sosial yang selamat serta cara-cara mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

    Selain itu, Fahmi turut memaklumkan bahawa beberapa langkah telah diambil untuk menangani jenayah penipuan, antaranya pemberian lesen kepada platform media sosial, penguatkuasaan peraturan yang lebih ketat serta pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia yang baru-baru ini diluluskan di Parlimen.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...