More

    Fahmi: Akaun media sosial untuk bawah 13 tahun akan diharamkan, wajib semak ID

    Kerajaan akan mewajibkan semua platform media sosial di Malaysia melaksanakan semakan identiti digital (eKYC) bagi memastikan pengguna berusia bawah 13 tahun tidak mempunyai akaun, menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

    Beliau berkata langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha melindungi keselamatan kanak-kanak dalam talian, selain memastikan setiap pengguna mematuhi garis panduan komuniti serta peraturan tempatan. Fahmi menjelaskan, pihaknya akan membentangkan jadual pelaksanaan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat sebelum pengumuman rasmi dibuat.

    Dasar baharu akan menetapkan tempoh masa yang jelas untuk semua penyedia platform mematuhi keperluan eKYC. Tambahnya, ia bakal menjadi satu kewajipan yang akan dilaksanakan secara menyeluruh bagi semua platform media sosial.

    Pendekatan ini bukan sahaja untuk melindungi golongan muda daripada kandungan tidak sesuai, tetapi juga untuk membendung isu lain yang semakin berleluasa di ruang siber termasuk penipuan dalam talian, iklan palsu dan penyebaran kandungan berunsur perjudian.

    Langkah ini dilihat selari dengan usaha berterusan kerajaan memperkukuh keselamatan digital negara dan mewujudkan ekosistem media sosial yang lebih bertanggungjawab serta selamat untuk semua pengguna. Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured