More

    Fahmi Fadzil: Hanya penyedia platform media sosial boleh turunkan kandungan, akaun yang langgar undang-undang

    Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menurunkan sesuatu kandungan atau akaun media sosial. Sebaliknya, ia hanya boleh dilakukan oleh penyedia platform itu sendiri.

    Beliau mengatakan kerajaan hanya akan mengeluarkan arahan kepada platform media sosial untuk menurunkan sesebuah kandungan atau akaun jika ia melanggar undang-undang. Apabila ia diturunkan, ini bermaksud platform media sosial akur dengan undang-undang sedia ada.

    Dalam tempoh 1 Januari hingga 28 Jun 2025, sebanyak 173,642 kandungan telah diturunkan oleh penyedia platform media sosial di Malaysia. Daripada semua kandungan yang diturunkan, 90,000 kandungan melibatkan penjualan dalam talian, 43,000 kandungan melibatkan jenayah penipuan (scam) manakala selebihnya melibatkan lain-lain jenayah.

    Facebook dikenal pasti sebagai platform yang paling banyak memaparkan iklan judi dalam talian serta penipuan, manakala Telegram pula dianggap sebagai platform yang paling lemah dalam menguruskan isu scam. TikTok juga merupakan salah satu platform yang mengandungi penyumbang tertinggi untuk jenayah-jenayah dalam talian.

    Beliau mengatakan dalam Telegram, separuh daripada kandungan berunsur penipuan yang telah diarahkan untuk diturunkan oleh kerajaan, gagal diturunkan oleh Telegram. Oleh yang demikian, kerajaan akan berjumpa dengan pihak Telegram bagi menangani pelbagai isu yang menular dalam Telegram seperti penipuan, judi dalam talian, bahan penderaan seksual kanak-kanak, bahan lucah serta kandungan hak cipta filem dan televisyen.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...