More

    Fahmi Fadzil: Kerajaan tidak merancang bina platform media sosial baharu

    Menteri Komunikasi YB Fahmi Fadzil berkata kerajaan tidak mempunyai hasrat untuk membangunkan platform media sosial sendiri pada waktu ini, walaupun kerajaan kecewa dengan isu berat sebelah yang dilakukan oleh syarikat media sosial Meta.

    Menurutnya, pembinaan platform media sosial bukanlah satu keutamaan daripada kerajaan kerana ia akan mengambil kos yang sangat tinggi. Kerajaan lebih mengutamakan isu-isu lain seperti penyelesaian untuk sekolah daif.

    Pada masa yang sama, kerajaan tidak akan menghalang mana-mana pihak untuk cuba membangunkan sebuah media sosial baharu. Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan tidak akan menutup atau menyekat platform media sosial walaupun mereka pernah menurunkan beberapa kandungan seperti kandungan yang bertemakan Palestin.

    Baru-baru ini, Meta telah pun meminta maaf selepas mereka memadamkan tulisan daripada Perdana Menteri YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkenaan pembunuhan bekas pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, baru-baru ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Kosmo

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured