More

    Fahmi Fadzil: MCMC akan pastikan propaganda Zionis tidak masuk Malaysia

    Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil langkah proaktif supaya propaganda Zionis tidak menembusi ruang siber negara.

    Agensi kerajaan itu akan terus meneliti algoritma platform media sosial bagi menyekat mana-mana kandungan palsu atau mengelirukan yang mungkin datang dari rejim Israel.

    Selain itu, kerajaan akan mengadakan sesi libat urus dengan pengendali media sosial bagi menyampaikan pendirian tegas Malaysia terhadap isu ini. Beliau berkata pihak pengendali media sosial sudah akur dengan tuntutan kerajaan.

    Jika terdapat propaganda Zionis yang masih terlepas daripada tapisan kerajaan dan muncul dalam suapan media sosial rakyat Malaysia, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengannya. Contohnya, terdapat dakwaan tular mengatakan beberapa kapal Global Sumud Flotilla telah diserang komando Israel sedangkan ia tidak berlaku pun.

    Kerajaan turut menyatakan ketegasan kepada TikTok terhadap isu pelantikan seorang bekas pelatih Tentera Pertahanan Israel (IDF) sebagai seorang pengurus kandungan di Amerika Syarikat, di mana mereka berpendapat ia bukanlah sesuati yang baik untuk ekosistem TikTok.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...