More

    Fahmi Fadzil perintahkan pembatalan serta-merta Festival Good Vibes 2023

    Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital telah mengumumkan pembatalan serta-merta bagi seluruh Festival Good Vibes 2023 anjuran Future Sound Asia. Keputusan itu dibuat sebagai tindak balas kepada persembahan kontroversi oleh kumpulan rock British “The 1975” di Sepang malam tadi.

    Menteri mengulangi pendirian tegas kerajaan untuk tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang mencabar, merendahkan atau melanggar undang-undang Malaysia. Beliau menekankan kepentingan menghormati adab dan nilai budaya tempatan dengan menyatakan bahawa industri kreatif serta kebebasan bersuara disokong oleh kerajaan.

    Namun, ia tidak harus menyentuh sensitiviti dalam masyarakat. Pembatalan acara festival yang sepatutnya berlangsung semalam hingga esok (23 Julai) mungkin mempunyai implikasi kepada pembeli tiket. Justeru, Fahmi Fadzil menggesa pihak penganjur mewujudkan mekanisme pampasan kepada mereka yang telah membeli tiket.

    Festival Good Vibes telah mengeluarkan kenyataan rasmi pada imej di atas. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...