More

    Fahmi Fadzil tegaskan keperluan untuk larang akses media sosial kepada individu bawah 16 tahun

    Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil baru-baru ini menegaskan keperluan untuk menyekat penggunaan media sosial kepada pengguna berumur 16 tahun dan ke bawah, supaya mereka boleh dilindungi daripada risiko eksploitasi dan pendedahan bahan-bahan yang tidak wajar.

    Dalam sebuah ucapan baru-baru ini, beliau berkongsi sebuah insiden di Kuala Lumpur melibatkan seorang murid berumur 10 tahun yang meminta gambar tidak senonoh daripada gurunya melalui aplikasi pemesejan WhatsApp. Itu adalah contoh jelas untuk melaksanakan keperluan sekatan media sosial kepada orang muda bawah 16 tahun.

    Beliau percaya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang meneliti perkara-perkara seperti insiden tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

    Kementeriannya juga akan bekerjasama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dalam melaksanakan Akta Keselamatan Dalam Talian (OnSA) 2024 bagi menjamin internet yang selamat.

    Mereka akan berbincang dengan platform media sosial dalam merangka kerangka yang sesuai dengan Malaysia seperti proses pengesahan identiti melalui dokumen rasmi kerajaan, termasuklah MyKad, MyPR atau pasport.

    Sebelum ini, Datuk Fahmi Fadzil mengumumkan bahawa akses kepada media sosial hanya boleh dilakukan oleh pengguna berumur 16 tahun ke atas. Mereka juga perlu melakukan pengesahan identiti melalui sistem e-Know Your Customer (eKYC).

    Kongsi pendapat anda mengenai berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured