More

    Fahmi gesa syarikat telekomunikasi tingkatkan capaian internet di kawasan pelancongan

    Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menggesa syarikat telekomunikasi di negara ini untuk meningkatkan tahap perkhidmatan mereka termasuk akses internet di kawasan tumpuan pelancong. Fahmi berkata penyedia perkhidmatan perlu mengambil serius perkara itu bagi memastikan kepuasan pelanggan.

    Terdapat kawasan pelancongan yang menghadapi masalah liputan internet dan telekomunikasi walaupun pengguna telah membayar sejumlah wang untuk pakej tertentu kepada syarikat telekomunikasi. Pelanggan sepatutnya dapat menikmati perkhidmatan seperti yang diharapkan di mana sahaja mereka berada.

    Fahmi berkata kementeriannya melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan terus memberi perhatian terhadap isu itu agar ia dapat diatasi demi kepentingan rakyat. SKMM mengingatkan syarikat telekomunikasi untuk bertindak membetulkan isu tersebut.

    Sementara itu, Fahmi memuji media kerana melaporkan isu liputan internet dan melahirkan keyakinan bahawa ia akan mendorong penyedia perkhidmatan yang terlibat untuk membetulkannya. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured