More

    Fahmi: Media sosial perlu tegas dalam menguatkuasa had umur pengguna

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memberi peringatan kepada syarikat-syarikat perkhidmatan media sosial supaya tegas terhadap garis panduan had umur yang telah ditetapkan.

    Beliau mengakui bahawa buat masa ini, platform seperti Facebook, TikTok, Instagram, dan X sudah mempunyai garis panduan komuniti (community guidelines) yang mengehadkan individu berumur 13 tahun ke atas sahaja untuk mengakses perkhidmatan mereka. Sungguh pun begitu, kanak-kanak masih boleh menipu umur mereka sewaktu membuat akaun media sosial dan ini membenarkan mereka untuk menggunakannya.

    Oleh yang demikian, beliau mahu semua penyedia media sosial perlu memperkenalkan kaedah pengesahan umur para pengguna. Jika mereka gagal berbuat demikian, kerajaan akan melakukan perbincangan dengan mereka untuk tindakan selanjutnya.

    Kenyataan ini mungkin dibuat susulan daripada tindakan kerajaan Australia yang terus melarang media sosial untuk individu bawah 16 tahun.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured