More

    Fahmi: Rakyat perlu sentiasa berwaspada dengan maklumat dalam internet

    Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata orang awam perlu sentiasa bersikap skeptikal atau saling meragui sewaktu mereka menerima sebarang maklumat daripada internet, bagi menangani ancaman penjenayah siber atau scammer.

    Beliau mengingatkan bahawa golongan individu berpendidikan tinggi dan ahli-ahli profesional juga boleh menjadi mangsa penipuan dalam talian. Teknik dan modus operandi yang digunakan oleh scammer menjadi semakin licik dan terancang, dengan kemajuan teknologi yang semakin canggih.

    Kes scam dan penipuan siber ini masih berlaku hampir setiap hari, jadi beliau ingin rakyat sentiasa berwaspada terhadap maklumat yang datang daripada penjenayah-penjenayah siber.

    Beliau turut menasihati rakyat supaya menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) pada talian 997 jika mereka telah mendapat panggilan telefon daripada scammer atau menjadi mangsa penipuan.

    Kenyataan ini dibuat sewaktu beliau merasmikan Program Jelajah Anti-Scam Kebangsaa 2023 peringkat Sarawak semalam, bagi menyediakan maklumat mengenai landskap keselamatan siber semasa serta perkongsian tip dan amalan terbaik untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured