More

    Fahmi tegur media sosial X dan Meta kerana kurang usaha bendung jenayah siber

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menzahirkan rasa kecewa terhadap platform media sosial utama seperti X (dahulu Twitter) dan Meta kerana didakwa gagal menangani isu buli siber dan penipuan dalam talian secara berkesan di Malaysia.

    Beliau berkata, meskipun kerajaan telah mengadakan lebih 20 perbincangan dengan penyedia platform terbabit, tindakan yang diambil masih lemah dan bersifat reaktif. X paling rendah kadar pematuhan terhadap undang-undang Malaysia dengan hanya 25 peratus jika dibandingkan dengan Instagram (88%), Facebook (85%) dan WhatsApp (79%).

    Fahmi juga mendedahkan bahawa rakyat Malaysia kerugian lebih RM432 juta pada 2023 akibat penipuan menerusi Facebook manakala aduan buli siber yang diterima MCMC meningkat kepada 27 kes sehari pada tahun lalu.

    Sebagai langkah balas, kerajaan bakal menggubal Akta Keselamatan Dalam Talian, selain memperkenalkan pelesenan wajib bagi platform yang mempunyai lebih lapan juta pengguna di Malaysia, berkuat kuasa Januari 2025. Meta sebelum ini membantah langkah tersebut atas alasan kekurangan kejelasan dan potensi mengekang inovasi digital.

    Namun, Fahmi menegaskan bahawa keselamatan pengguna terutamanya kanak-kanak, harus diutamakan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: FMT

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured