More

    Faisal Halim, KWSP Akaun 3 antara carian Google paling popular di Malaysia pada Mei 2024

    Dengan tamatnya bulan Mei 2024, Google Malaysia telah mengeluarkan senarai hasil carian yang paling popular oleh rakyat Malaysia sepanjang bulan tersebut. Seperti biasa, kebanyakan cariannya terdiri daripada temasya sukan antarabangsa dan hiburan, namun malangnya terdapat juga tragedi yang menyedihkan rakyat kita.

    Berikut adalah 10 kata carian yang paling popular dalam Google Malaysia sepanjang bulan lalu:

    1. 家族荣耀之继承者 (The Heir to The Throne)

    Drama Hong Kong yang berkisar tentang rebutan kuasa antara ahli keluarga ini telah mendapat perhatian yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia. Drama tersebut mula disiarkan sejak 13 Mei 2024 dan beberapa adegannya telah dirakam di Kuala Lumpur.

    1. Bangladesh vs Zimbabwe

    Para peminat kriket di Malaysia mengikuti pertandingan antarabangsa T20 Series yang berlangsung di Bangladesh. Dalam perlawanan akhir, pasukan kriket Bangladesh berjaya menumpaskan pasukan Zimbabwe dengan kemenangan 3-2.

    1. Kolkata Knight Riders vs Mumbai Indians

    Para peminat kriket dalam liga Indian Premier League 2024 pula menonton perlawanan di antara Kolkata Knight Riders dengan Mumbai Indians, di mana pasukan Kolkata memenangi perlawanan tersebut dengan 24 dan 18 runs.

    1. Tottenham Hotspur vs Manchester City

    Dalam sukan liga bola sepak Premier League 2023-2024 pula, Manchester City berjaya mengalahkan Tottenham Hotspur dengan markah 2-0 untuk muncul sebagai pemenang liga tersebut.

    1. Selamat Hari Guru

    Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun menjadi topik yang hangat dicari dalam Google, di mana para pelajar dan keluarga mencari cara terbaik untuk menghargai pengorbanan para guru di sekolah.

    1. Faisal Halim

    Pada 5 Mei lalu, bintang bola sepak tempatan Faisal Halim telah diserang di Petaling Jaya dan beliau mengalami kecederaan kebakaran tahap keempat pada badannya. Tragedi ini mendapat perhatian meluas dan beliau mendapat simpati daripada orang ramai serta orang-orang kenamaan.

    "
    "
    1. Happy Mother’s Day 2024

    Pada 12 Mei, sambutan Hari Ibu menyaksikan anak-anak mencari pelbagai ucapan, hadiah dan lain-lain cara kreatif untuk menyambut ibu kesayangan.

    1. Brighton vs Chelsea

    Chelsea bertemu dengan Brighton dalam dua perlawanan dalam liga Premier League 2023-2024, dan kedua-dua perlawanan memihak kepada Chelsea dengan markah 2-1 away dan 3-2 home.

    1. Liga Super 2024

    Para peminat 2024 Malaysia Super League teruja untuk menonton perlawanan antara Johor Darul Ta’zim dengan Selangor FC, namun ia dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan.

    1. KWSP i-Akaun / Akaun 3

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan kategori akaun baharu iaitu Akaun 3 (Akaun Fleksibel) yang akan menyimpan 10% daripada caruman bulanan anda. Duit yang disimpan dalam akaun tersebut boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

    Beritahu kami di Facebook jika anda pernah mencari mana-mana topik di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...