More

    Fasa pertama projek futuristik THE LINE bermula dengan pembinaan Hidden Marina

    NEOM telah mengumumkan pelancaran Hidden Marina, fasa pertama projek mega THE LINE yang bakal menjadi bandar menegak berteknologi tinggi. Dibina sepanjang 2.5 kilometer dengan ketinggian 500 meter, Hidden Marina akan menampung lebih 200,000 penduduk dengan lebih 80,000 unit kediaman dan 9,000 bilik hotel.

    Projek ini juga merangkumi pusat komersial, sekolah, perkhidmatan keselamatan dan infrastruktur moden untuk kehidupan bandar yang serba lengkap. Dengan keluasan binaan 21 juta meter persegi, ia jauh mengatasi bangunan pencakar langit terkenal seperti Burj Khalifa.

    Lebih 140,000 pekerja kini terlibat dalam pembinaan NEOM dengan pelaburan melebihi $140 bilion bagi memastikan kemudahan seperti tenaga, air dan pengangkutan tersedia sepenuhnya. NEOM juga menjalin kerjasama strategik dengan Samsung untuk teknologi pembinaan automatik dan Data Vault bagi membangunkan pusat penyimpanan data tenaga hijau bernilai $5 bilion.

    Ketua Pegawai Pembangunan NEOM, Denis Hickey, menyatakan bahawa projek ini bukan sekadar pembangunan bandar tetapi satu revolusi urban yang akan mentakrifkan semula ekonomi dan masa depan kehidupan moden. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Saudi Gazette

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...