More

    FIFA lantik YouTube jadi rakan rasmi dan buka arkib digital Piala Dunia 2026

    YouTube diumumkan sebagai “Preferred Platform” untuk FIFA World Cup 2026 menerusi kerjasama rasmi dengan FIFA dengan fokus memperluaskan capaian digital kepada penonton global khususnya generasi muda. Bawah kerjasama ini, penyiar rasmi yang memiliki hak siaran dibenarkan menyiarkan 10 minit pertama setiap perlawanan secara langsung di YouTube.

    Langkah tersebut dilihat sebagai strategi promosi untuk menarik penonton ke siaran penuh yang kekal di platform penyiar rasmi seperti televisyen atau penstriman berlesen. Selain itu, beberapa perlawanan terpilih juga boleh disiarkan secara penuh di YouTube bergantung kepada hak penyiaran di setiap pasaran.

    Platform tersebut turut menjadi hab untuk kandungan tambahan termasuk sorotan perlawanan, video pendek serta rakaman di sebalik tabir sepanjang kejohanan berlangsung. FIFA juga akan membuka akses kepada arkib kandungan klasik di YouTube termasuk perlawanan lama dan momen ikonik.

    Dalam masa sama, pencipta kandungan akan diberi akses khas untuk menghasilkan video eksklusif seperti analisis taktikal dan liputan di lokasi. Kerjasama ini tidak menggantikan siaran utama Piala Dunia, sebaliknya bertindak sebagai platform sokongan untuk memperluaskan pengalaman tontonan secara digital dan meningkatkan penglibatan peminat di seluruh dunia.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: YouTube

     

    Artikel Terkini

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Siri Apple iPhone 18 Pro rasmi dengan aperture boleh laras, cip A20 Pro 2nm...

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max bagi pasaran Malaysia. Kedua-dua model mengekalkan saiz skrin OLED Super...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula...

    Oppo A7 Pro dilancar dengan bateri 8,000mAh, paparan OLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu OPPO A7 Pro secara rasmi di China yang dipasarkan untuk segmen kelas pertengahan dengan fokus utama...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...