More

    Final Cut Pro dan Logic Pro akan disediakan untuk pengguna iPad bermula ~RM22 sebulan

    Berita baik untuk pengguna iPad, Apple baru sahaja mengumumkan bahawa Final Cut Pro dan Logic Pro akan disediakan untuk iPad terpilih. Bagi mereka yang tidak tahu, ini adalah alat penyuntingan video dan muzik yang biasanya digunakan oleh penyunting video. 

    Menurut Apple, Final Cut Pro dan Logic Pro untuk iPad akan tiba di Apple App Store pada harga $4.99 (~RM22) sebulan atau $49 (~RM218) setahun dengan percubaan percuma selama sebulan. Harus diingat bahawa Final Cut Pro hanya serasi dengan model iPad cip M1 atau lebih baru, manakala Logic Pro akan disediakan pada model iPad cip A12 Bionic atau lebih baru. Kedua-dua aplikasi memerlukan sekurang-kurangnya iPadOS 16.4 untuk berfungsi.

    Apple berkata bahawa kedua-dua Final Cut Pro dan Logic Pro akan mempunyai antara muka sentuh serba baharu yang membolehkan pengguna melakukan lebih banyak pilihan merakam, suntingan, selesai dan kongsi. 

    Untuk Final Cut Pro, penyunting boleh mengimport media yang disokong daripada Fail atau Foto dan menyimpannya terus di dalam projek Final Cut Pro. Final Cut Pro untuk iPad juga menyokong keupayaan mengimport projek yang dibuat dalam iMovie dan pengguna iPad boleh mengeksport projek Final Cut Pro mereka ke Mac.

    Pada masa yang sama, pencipta muzik boleh menggunakan Logic Pro untuk iPad dan mengeksportnya ke Final Cut Pro pada iPad. Ia juga menyokong keupayaan untuk membuka projek yang dibuat dalam GarageBand untuk iOS. Akhir sekali, pengguna iPad boleh mengeksport lagu siap mereka dalam pelbagai format audio termampat (compressed) dan lossless, serta senarai trek audio individu.

    Untuk ketahui lebih lanjut mengenai Final Cut Pro dan Logic Pro, anda boleh layari laman web rasmi Apple di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...