More

    “Find My Device” pada Android boleh berfungsi tanpa sambungan Internet tidak lama lagi

    Tidak lama lagi, Cari Peranti Saya (Find My Device) pada Android akan menjadi lebih maju di mana pengguna tidak perlu menggunakan Internet untuk mencari peranti Android mereka. 

    Catatan Kemas Kini Google dari Disember 2022 mendedahkan bahawa Find My Device kini menyokong pelaporan lokasi terakhir yang disulitkan untuk peranti Android, menggunakan rangka kerja memfokuskan privasi baharu.

    Ini kerana peranti berdaya Bluetooth berdekatan akan dapat membantu anda mencari peranti anda yang hilang. Data juga akan disulitkan, maka pengguna tidak perlu risau tentang lokasi mereka terdedah.

    Pciri ini telahpun terdapat pada peranti Apple dan Samsung. Sebagai salah satu syarikat teknologi, Google turut mempertingkatkan perkhidmatannya untuk mengikuti era baharu. Pada masa ini, tiada maklumat tentang bila ciri itu akan dilancarkan secara meluas dan ia dijangka menjadi sebahagian daripada Android 14.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...