More

    Fitbit Charge 5 dilancar di Malaysia: Gelang pintar untuk penjagaan kesihatan bermula RM878

    Fitbit Malaysia hari ini telah melancarkan gelang tangan pintar terbaru iaitu Fitbit Charge 5 yang menampilkan pelbagai fungsi jejakan kesihatan untuk membantu pengguna jalani hidup yang lebih sihat. Produk ini dilengkapi 20 mod senaman, GPS serta pengukur V02 max.

    Charge 5 merupakan gelang tangan Fitbit pertama yang dilengkapi sensor EDA (electrodermal activity) bagi mengukur tahap stres badan melalui perubahan kecil dalam kelenjar peluh pada tangan. Apabila digabungkan dengan aplikasi Fitbit, gelang tangan ini boleh menjana Stress Management Score yang menunjukkan tahap stres pemakai pada setiap pagi.

    Ia turut boleh mengukur degupan jantung, kadar pernafasan, perubahan suhu badan, tahap oksigen dalam darah dan kualiti tidur. Semua ukuran ini akan dipaparkan dalam aplikasi Fitbit melalui ruang Health Metrics dan Sleep Tools.

    Selain fungsi kesihatan, ia turut mempunyai ciri-ciri lain seperti fungsi penerimaan mesej daripada telefon, mengubah rekaan muka jam dan skrin AMOLED berukuran 1.04 inci yang dilindungi Gorilla Glass 3.

    Fitbit turut memperkenalkan pelan langganan Fitbit Premium di mana ia menawarkan lebih 500 senaman dari pelbagai selebriti dan fungsi Daily Readiness serta Active Zone Minutes untuk menganalisa senaman yang telah dilakukan.

    Fitbit Charge 5 akan dijual di pasaran Malaysia pada harga RM878 bermula 4 Oktober 2021 dan ia akan disertakan berfsama langganan Fitbit Premium selama enam bulan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured