More

    Flash Express Malaysia sah bakal tamatkan operasi pada Januari 2026

    Syarikat logistik dan penghantaran Flash Express (Malaysia) Sdn Bhd dilaporkan bakal menamatkan seluruh operasinya di negara ini secara rasmi bermula tahun hadapan. Keputusan mengejutkan ini menyaksikan syarikat kurier yang berasal dari Thailand tersebut akan menghentikan penerimaan sebarang pesanan penghantaran baharu bermula 15 Januari 2026, sebelum menutup operasi sepenuhnya pada 31 Januari 2026.

    Langkah ini diambil susulan cabaran persekitaran pasaran yang sangat kompetitif selain kos operasi yang tinggi serta kerugian berterusan yang dihadapi dalam pasaran tempatan. Sepanjang tempoh peralihan ini, Flash Express komited untuk menyelesaikan baki penghantaran sedia ada dan memastikan semua bungkusan yang diambil sebelum tarikh akhir 15 Januari diproses sehingga sampai ke tangan penerima.

    Pihak syarikat juga memaklumkan bahawa baki tempoh operasi tersebut akan digunakan untuk urusan penyelesaian akaun pelanggan, penjejakan bungkusan terakhir serta memberikan sokongan berkaitan penutupan kepada pihak berkepentingan. Walaupun operasi di Malaysia bakal berakhir, pengurusan syarikat menegaskan bahawa perkhidmatan Flash Express di negara-negara lain tidak akan terjejas dan akan diteruskan seperti biasa.

    Penutupan ini merupakan satu perkembangan besar dalam industri logistik tempatan memandangkan Flash Express pernah mencatatkan sejarah sebagai syarikat pemula (startup) pertama dari Thailand yang mencapai status unicorn dengan penilaian melebihi USD1 bilion.

    Para peniaga e-dagang dan pengguna kini disarankan untuk mula beralih kepada alternatif perkhidmatan kurier lain bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap urusan penghantaran barangan di masa hadapan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Easy Parcel

     

    Artikel Terkini

    HUAWEI Pura X View dilancar dengan skrin lebar 16:9.5, bateri 7,000mAh dan kamera 200MP...

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan HUAWEI Pura X View selepas memperkenalkannya secara ringkas bulan lalu. HUAWEI Pura X View menampilkan...

    Xiaomi 18 Fold tiba dengan reka bentuk “Mid-Fold”, cip XRING O3 dan RAM LPDDR6

    Xiaomi melancarkan telefon pintar lipat terbaharu Xiaomi 18 Fold di China yang menampilkan rekaan yang dinamakan sebagai "mid-fold" iaitu gabungan saiz antara...

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured