More

    Fon kepala Razer selamatkan nyawa kanak-kanak, halang peluru daripada mengenai kepalanya

    Seorang pengguna Reddit dengan nama Enough_Dance_956 berkongsi kisah pelik di mana fon kepala Razer Kraken miliknya bertukar menjadi pelindung nyawa dan menghalang peluru daripada mengenai kepalanya. Peluru sesat telah menembusi tingkap bilik tidurnya dan mengenai fon kepala Razer lalu terpesong ke dinding.

    Peluru tersebut ditemui di atas katil kanak-kanak itu dan kejadian ini berlaku di California. Menurut catatan asal, kanak-kanak tersebut mengucapkan terima kasih kepada Razer kerana menghasilkan kualiti fon kepala yang hebat kerana mampu menyelamatkan nyawanya.

    Dia menambah lagi, jika tidak kerana kualiti buatan yang berkualiti, dia mungkin sudah terbunuh pada usia 18 tahun dan tidak dapat membayangkan semua kesakitan yang keluarga dan rakan-rakan dia akan tanggung.

    Terdapat foto menunjukkan kerosakan yang berlaku pada fon kepala serta tingkap manakala siaran lain menunjukkan tempat peluru mengenai dinding dan peluru itu sendiri. Razer Kraken nampaknya hadir dengan binaan yang sangat kukuh dan mempunyai sedikit pelapik di bahagian penyambung yang diperbuat daripada logam.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured