More

    Fon telinga berwayar realme Buds Classic dilancarkan, berharga ~RM22 di India

    Mungkin selama ini dunia teknologi dibanjiri berita mengenai fon telinga wayarles atau TWS (True Wireless Stereo). Semalam, realme India telah melancarkan realme Buds Classic, sepasang fon telinga berwayar dengan harga yang sangat mampu milik.

    realme Buds Classic hadir dengan rekaan separuh dalam telinga (half in-ear), bukan keseluruhan fon telinga dimuatkan ke dalam telinga seperti realme Buds 2. Rekaan klasik ini turut hadir bersama pemacu 14.2mm, butang untuk mengawal muzik dan panggilan, serta mikrofon HD.

    Lebih menarik, realme memberi percuma pengurus wayar kabel berwarna kuning memandangkan pengguna fon telinga berwayar sering mengalami masalah untuk menggulung wayarnya.

    realme Buds Classic hadir di pasaran India dengan warna Putih dan Hitam, berharga 399 Rupi India (~RM22).

    Apa pun, setakat ini kami masih ketiadaan maklumat jika ianya akan hadir di pasaran Malaysia. Adakah anda masih menggunakan fon telinga berwayar? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Baca berita lepas mengenai realme dan perantinya.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Watch9 turut rasmi dengan harga bermula RM1,499

    Selain siri telefon lipat, Samsung juga melancarkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model...

    Samsung Galaxy Z Fold8, Fold8 Ultra dan Flip8 rasmi di Malaysia, harga bermula RM5,399

    Samsung secara rasmi melancarkan siri telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8 bagi pasaran...

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Pembelian Warner Bros oleh Paramount digantung 14 hari susulan saman 12 negeri

    Hakim persekutuan di California telah mengarahkan Paramount Skydance dan Warner Brothers Discovery untuk menangguhkan penggabungan mereka secara sementara. Keputusan ini dibuat bagi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured