More

    foodpanda utamakan kesihatan dan kebajikan penghantarnya sewaktu bertugas dalam penularan COVID-19

    Perkhidmatan penghantaran makanan, foodpanda, hari ini mengatakan bahawa mereka akan menitik beratkan tahap kesihatan dan keselamatan yang tertinggi untuk para penghantarnya. foodpanda telah memperkenalkan garis panduan khas untuk membantu penghantarnya bekerja secara cekap dalam tempoh penuh dugaan ini.

    Antara panduan yang telah digariskan adalah memakai topeng sepanjang waktu kerja, basuh tangan dengan kerap, gunakan cecair pembasmi kuman sebelum dan selepas setiap penghantaran, menutup bekas makanan dengan rapi dan mensterilkan beg makanan.

    foodpanda juga akan membantu penghantar yang terkesan dengan wabak ini. Penghantar yang diletakkan bawah tempoh kuarantin layak menerima elaun RM300 manakala bagi mereka yang disahkan positif COVID-19 pula akan menerima elaun RM1,000.

    Selain itu, foodpanda juga sudah menyediakan saluran komunikasi khas dengan semua penghantar mereka untuk memberi mereka semua informasi terkini. Beritahu kami di Facebook jika anda semakin kerap menggunakan perkhidmatan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Anker Soundcore AeroClip 2 dilancar dengan cip AI THUS dan bateri 32 jam berharga...

    Anker melancarkan Soundcore AeroClip 2 dengan reka bentuk jenis klip terbuka yang dijana oleh cip pemproses khas AI THUS. Ia berfungsi memproses...

    CelcomDigi kemas kini pas perayauan, harga bermula RM10 dan panggilan percuma

    CelcomDigi mengumumkan pengenalan pas perayauan (roaming) antarabangsa baharu yang ditawarkan pada harga bermula RM10 untuk pelanggan prabayar dan RM30 untuk pelanggan pascabayar....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured