More

    Fortnite dibuang dari Google Play Store dan Apple App Store kerana isu pembayaran

    Mungkin game Fortnite tidak sepopular Mobile Legends, Call of Duty: Mobile atau PUBG di pasaran Malaysia, namun kami percaya Fortnite masih ada peminatnya yang tersendiri memandangkan game ini adalah game popular pada peringkat global. Terkini, Google Play Store dan Apple App Store telah membuang aplikasi ini dari senarai – ia kini tidak wujud lagi.

    Untuk kes Apple App Store, aplikasi ini ditendang keluar kerana telah melanggar peraturan selepas syarikat game tersebut, Epic Games mewujudkan sistem pembayaran tersendiri. Sistem bayaran tersebut tidak melalui yuran standard Apple 30% dan tidak dipantau sama sekali oleh pihak Apple.

    Kes yang sama juga berlaku kepada pemadaman aplikasi Fortnite pada Google Play Store, dan ianya disebabkan masalah pelanggaran peraturan yang sama.

    Apa pun, sumber melaporkan bahawa Apple dan Google Play Store berharap agar dapat berkerjasama dengan Epic Games untuk membawa kembali Fortnite ke senarai aplikasi di kedua-dua ekosistem aplikasi Android dan Apple.

    Sementara itu, Epic Games kelihatan memuat naik video memprotes tindakan Apple. Video tersebut memaparkan pengumuman untuk peminat menyokong gerakan tersebut.

    Adakah anda peminat game Fortnite? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...