More

    Buat kali yang pertama, Foxconn bakal hasilkan iPad dan MacBook di luar China!

    Syarikat gergasi teknologi, Apple sentiasa mencuba untuk mempelbagaikan pengeluaran produk mereka kepada beberapa kontraktor yang berlainan, namun Foxconn tetap menjadi rakan kongsi utama mereka selama ini. Terbaru, Foxconn dikatakan sedang merancang untuk menghasilkan produk seperti iPad dan MacBook di negara luar dari China buat kali yang pertama.

    Berdasarkan sumber, Foxconn dikhabarkan ingin membina kilang pengeluaran di negara Vietnam untuk menghasilkan tablet iPad dan komputer riba MacBook. Kilang tersebut dikatakan akan mula beroperasi pada separa tahun pertama 2021 dan lokasinya adalah di sekitar timur laut daerah Bac Giang.

    Tindakan ini dibuat oleh Foxconn kerana Apple dikatakan meminta Foxconn untuk kurangkan pengantungan kepada negara China akibat dari perang dagang yang sedang berlaku antara negara Amerika Syarikat dan China.

    Adakah kita akan dapat melihat iPad dan MacBook dengan tulisan ‘made in Vietnam’ pada masa yang terdekat? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk video teknologi terkini.

    Sumber : 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured