More

    FUJIFILM X-M5 dilancar di Malaysia: Kamera APS-C tanpa cermin boleh rakam 6.2K30p, bermula RM3,948

    FUJIFILM Malaysia hari ini melancarkan kamera digital tanpa cermin baharu yang dikhaskan untuk pempengaruh dan pencipta kandungan internet iaitu FUJIFILM X-M5. Ia dilengkapi pelbagai fungsi khas yang memudahkan rakaman video, serta reka bentuk yang ringan, kompak dan mudah dibawa.

    Kamera ini mempunyai sensor APS-C X-Trans CMOS 4 belakang bercahaya (backlit illuminated) 26.1MP yang boleh merakam video dalam resolusi 6.2K pada kadar 30fps. Untuk fotografi, ia mempunyai enjin pemprosesan imej X-Processor 5 untuk gambar yang berkualiti tinggi, serta Simulasi Filem untuk mengambil gambar dengan 20 efek khas yang mirip filem lama.

    Ia mempunyai Mod Filem Pendek yang dikhaskan untuk merakam video menegak dengan nisbah aspek 9:16. Ia juga boleh merakam video dalam profil warna 4:2:2 10-bit bagi membenarkan pembetulan dan penggubahan warna sewaktu menyunting video.

    Selain itu, ia mempunyai sistem penjejakan autofokus yang menjejak muka dan mata dengan pantas, walaupun sewaktu subjek bergerak. Ia boleh dilaraskan untuk menjejak haiwan, kenderaan, basikal, serangga dan dron.

    Dengan berat 355 gram sahaja, ia merupakan kamera paling ringan dalam siri FUJIFILM X. Dimensinya adalah 111.9mm lebar, 66.6mm tinggi dan 38.0mm tebal, membuatkannya mudah dimasukkan dalam beg.

    Untuk rakaman audio, ia mempunyai tiga mikrofon dalaman yang boleh dilaras untuk rakam video dari empat arah iaitu sekeliling, depan, belakang atau depan & belakang serentak. Ia juga mempunyai fungsi pengurangan hingar bagi mengurangkan bunyi bising di sekeliling subjek.

    FUJIFILM X-M5 akan dijual di Malaysia pada harga RM3,948 untuk kamera sahaja, atau RM4,398 untuk pakej bersama lensa XC1545.

    Layari laman web FUJIFILM Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai kamera ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kamera ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured