More

    Fungsi Circle to Search with Google mungkin akan ditawarkan kepada lebih banyak peranti Android

    Sejak 2023, Google telah memperkenalkan fungsi carian Circle to Search with Google dalam peranti-peranti mudah alih tertentu, di mana ia membenarkan pengguna untuk membulatkan sebarang objek yang dipapar pada skrin kemudian Google akan mencari maklumat lanjut mengenai objek tersebut. Buat masa ini, fungsi tersebut hanya dihadkan untuk telefon-telefon Samsung Galaxy dan Google Pixel terpilih.

    Sungguh pun begitu, fungsi Circle to Search mungkin tidak akan dihadkan kepada dua jenama tersebut sahaja, sebaliknya ia akan diluaskan lagi kepada jenama telefon lain yang menggunakan sistem operasi Android.

    Baru-baru ini, Tecno mengesahkan bahawa telefon lipat Tecno V Fold 2 akan menerima fungsi Circle to Search pada bulan hadapan. Ini mungkin petanda bahawa Google akan menawarkan fungsi tersebut kepada lebih banyak jenama telefon.

    Google masih belum mengesahkan secara rasmi tentang pengenalan fungsi tersebut kepada jenama selain Samsung dan Google Pixel, namun pengesahan daripada Tecno ini sudah memadai. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fungsi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured