More

    Fungsi ‘Find My Mobile’ kini boleh guna walau peranti Samsung Galaxy yang hilang tiada Internet

    Terkini, fungsi Find My Mobile pada peranti Samsung Galaxy anda boleh digunakan walaupun peranti anda ketiadaan data mudah alih atau sambungan WiFi. Jika peranti Samsung anda dicuri atau hilang dan Internetnya tidak aktif, anda masih boleh mengesannya melalui Find My Mobile di peranti Galaxy yang lain.

    Ciri pengesanan secara offline ini hadir melalui kemas kini versi 7.1.08.0 pada aplikasi Find My Mobile. Anda perlu mengaktifkan fungsi ini secara manual untuk menggunakannya.

    Untuk pengetahuan anda, pengaktifan ‘Offline finding’ ini membenarkan peranti Galaxy lain untuk mengesan peranti Galaxy anda yang hilang dan ketiadaan Internet. Anda juga boleh mengesan mana-mana peranti Galaxy yang terdekat termasuklah jam tangan pintar Galaxy dan fon telinga Galaxy.

    Adakah anda memiliki peranti Galaxy dan pernah menggunakan fungsi Find My Mobile? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Baca berita lepas mengenai Samsung termasuklah mengenai Samsung Galaxy M51 yang bakal dilancarkan dengan bateri besar 7000mAh.

    Sumber: Engadget

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured