More

    Fungsi GO+ dalam Touch ‘n Go eWallet dilancar: Mudahkan pengguna mula melabur serendah RM10

    Touch ‘n Go (TNG) hari ini telah melancarkan GO+ iaitu sebuah fungsi dalam aplikasi e-dompet Touch ‘n Go eWallet yang memudahkan pengguna untuk membuat pelaburan pasaran kewangan berisiko rendah (low risk money market investments) bermula RM10 sahaja.

    GO+ menyediakan cara yang mudah untuk pengguna Touch ‘n Go eWallet mendapatkan pulangan pelaburan ke dalam baki akaun GO+ mereka yang akan dikreditkan setiap hari. Ia juga menyediakan fungsi ‘cash-out’ yang memudahkan pemindahan wang di antara eWallet dan bank akaun yang ditetapkan oleh pengguna.

    Fungsi GO+ ini dipandukan oleh Principal e-Cash Fund, sebuah dana pasaran kewangan (money market fund) yang diurus oleh sebuah syarikat pengurusan aset tempatan bernama Principal Asset Management. Touch ‘n Go eWallet telah pun memperoleh kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk melaksanakan fungsi ini.

    Pengguna Touch ‘n Go eWallet yang berumur 18 tahun ke atas boleh mula mengakses fungsi GO+ bermula 29 Mac (hari ini) dengan pelaburan minimum sebanyak RM10. Untuk maklumat lanjut tentang GO+, layari laman web TNG Digital.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured