More

    Fungsi imbas bukan sahaja untuk bayar, TNG eWallet kini bioleh imbas semua QR

    Pengguna TNG eWallet kini boleh menikmati ciri tambahan baharu daripada imbasan QR yang mana pengguna boleh mengimbas bukan sahaja kod pembayaran tetapi juga menu restoran, borang, tiket acara dan pelbagai kod QR lain terus dalam aplikasi.

    Menurut wakil TNG Digital, langkah ini menjadikan kehidupan seharian rakyat Malaysia lebih pintar, mudah dan bersambung selain memudahkan pembayaran. Ciri baharu melengkapkan perkhidmatan sedia ada TNG eWallet termasuk e-dagang, pembayaran bil, pelaburan, insurans dan kiriman wang antarabangsa.

    Bagi meraikan pelancaran, pengguna berpeluang memenangi kredit eWallet atau PIN tambah nilai dengan mengimbas QR bukan pembayaran atau berkongsi pengalaman menggunakan hashtag #SatuAppSemuaQR.

    Selain itu, TNG Digital kini turut menyokong perniagaan mikro dan kecil melalui akaun perniagaan digital sambil menawarkan transaksi antarabangsa di lebih 50 negara serta pengalaman digital penuh untuk pelancong di Malaysia.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured