More

    Fungsi Nearby Share dalam Android akan dilancarkan tidak lama lagi

    Google akan melancarkan fungsi Nearby Share untuk sistem operasi Android tidak lama lagi. Nearby Share adalah sebuah fungsi yang membenarkan dua peranti Android untuk berkongsi fail dengan mudah seperti AirDrop dalam iOS dan ia disokong dalam versi Android 6 dan ke atas.

    Fungsi ini sudah pun terdapat dalam beberapa telefon Pixel dan Samsung, manakala untuk telefon-telefon lain pula Google mengatakan ia akan tiba dalam masa beberapa minggu lagi. Pengguna boleh memilih untuk berkongsi fail dalam tetapan privasi all (semua), some (sesetengah) atau stay hidden (tersembunyi).

    Google juga mengatakan pengguna boleh hantar dan terima fail tanpa perlu mendedahkan identiti (anonymously). Nearby Share akan menghantar fail melalui mana-mana kaedah yang dianggap pantas oleh peranti yang terlibat, seperti melalui Bluetooth, Bluetooth Low Energy, WebRTC atau peer-to-peer Wi-Fi.

    Nearby Share hanya boleh dihubungkan dengan peranti Android dan Chromebook, manakala peranti lain seperti iOS, Mac atau Windows PC tidak boleh gunakan Nearby Share. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured