More

    Fungsi semak tatabahasa melalui AI kini ada di Microsoft Word dalam komputer anda

    Tatabahasa mungkin bukan aspek penulisan penting untuk sesetengah penulis. Namun, tatabahasa juga boleh menjadi penting atas keperluan tertentu contohnya menulis dokumen rasmi. Microsoft kini bakal membantu penulis untuk menyemak tatabahasa melalui Microsoft Editor.

    Menurut sumber, Microsoft Word bakal hadir dengan penyemak tatabahasa bernama Microsoft Editor. Sebenarnya, fungsi ini telah sedia ada, tetapi hanya pada versi web Microsoft Word. Ia kini bakal ditambah dalam Microsoft Word dalam dalam perisian di komputer anda melalui kemas kini Windows 10 seterusnya.

    Sementara penyemak ejaan sudah pun ada dalam Microsoft Word, penyemak tatabahasa ini pula menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengenal pasti kesalahan anda.

    Kami juga tidak sabar mencuba fungsi ini dan berharap ia bakal lebih memudahkan daripada penggunaan penyemak tatabahasa secara dalam talian. Beritahu kami di laman Facebook jika anda sudah boleh menggunakan fungsi ini dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Windows Latest

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...