fbpx
More

    Gajet paling popular di Malaysia untuk suku pertama 2021, menurut pembaca TechNave!

    Setelah suku pertama 2021 melabuhkan tirai pada bulan Mac lalu, kami ingin melihat kembali apakah trend gajet yang paling popular di kalangan pembaca kami sepanjang tiga bulan pertama untuk tahun ini. Berdasarkan jumlah pembacaan, pencarian dan perbandingan spesifikasi telefon daripada para pembaca dalam TechNave English, TechNave BM dan TechNave Mandarin, kami sudah menyenaraikan lima kategori gajet menurut sambutan daripada anda.

    Jika anda sedang meneliti apakah benda yang kerap dicari oleh para pembaca TechNave atau untuk membeli peranti yang sangat popular, senarai di bawah mungkin akan sangat membantu anda. Tanpa membuang masa, ayuh semak gajet paling popular pada awal tahun ini:

    5 Telefon pintar paling popular

    1. Samsung Galaxy S21 Ultra 5G

    Telefon tercanggih dalam siri Samsung Galaxy S21 ini bukan sahaja dilengkapi teknologi kamera terbaik oleh Samsung seperti rakaman 4K 60fps dan 8K, malah ia juga menyokong penggunaan S Pen stylus. Dijual pada harga RM5,299, ia menawarkan prestasi terbaik untuk tugas perkejaan, fotografi dan hiburan yang anda boleh harapkan daripada produk Samsung.

    Ciri luaran yang paling unik pastinya pada bonggol kamera Contour Cut yang menyerlahkan empat kamera di belakang, manakala warna hitam Phantom Black pula menghasilkan telefon yang nampak profesional dengan permukaan pusam kemas. Telefon ini sarat dengan pelbagai fungsi menarik jadi jangan lupa untuk baca ulasan kami mengenainya.

    1. OPPO Reno5 5G

    Telefon pintar kelas pertengahan yang mengutamakan prestasi kamera, OPPO Reno5 5G menampilkan rekaan nipis dan ringan serta dijual pada harga RM1,899. Spesifikasinya termasuklah empat kamera 64MP, kamera hadapan 32MP, RAM 8GB, storan 128GB, bateri 4,350mAh dan pengecasan pantas SuperVOOC2.0 65W.

    Warna perak Galactic Silver yang berkilauan serta permukaan pusam yang tidak meninggalkan kesan cap jari juga mendapat sambutan tinggi di kalangan pengguna. Sewaktu pelancarannya pada Januari 2021, ia ditawarkan dengan pelbagai hadiah untuk pra-tempahan jadi mungkin itu telah meningkatkan minat terhadap peranti ini.

    1. Xiaomi Redmi 9T

    Xiaomi Redmi 9T membuktikan bahawa sebuah telefon serendah RM599 masih mampu untuk memberikan pelbagai fungsi yang menarik. Dengan pembesar suara yang lantang, bateri besar 6,000mAh dan pengecasan pantas, Redmi 9T mampu memainkan muzik dan video anda dalam tempoh yang lama.

    Ciri lain yang meningkatkan tarikan telefon ini adalah pada pengimbas cap jari yang disepadukan dengan butang suis di sisi, RAM 4GB, storan 64GB dan empat kamera 48MP. Walaupun prestasinya tidak sepantas kebanyakan telefon di luar sana, ia menawarkan pakej yang menarik buat pembaca TechNave yang ingin berjimat.

    1. Samsung Galaxy A12
    Skrin Galaxy A12

    Samsung Galaxy A12 merupakan antara peranti Galaxy A yang paling awal dilancar pada tahun ini dan ia menampilkan spesifikasi kelas permulaan seperti bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 15W, skrin HD 6.5 inci, pengimbas cap jari sisi, RAM 6GB, storan 128GB dan kamera kuad 48MP pada harga RM799.

    Baru-baru ini terdapat sebuah promosi untuk rebat tunai sebanyak RM100 yang tamat pada 11 Paril, jadi mungkin ini telah meningkatkan trafik untuk Galaxy A12 dalam laman web TechNave. Jangan lupa untuk baca ulasan kami jika anda berminat dengannya.

    1. Xiaomi POCO X3 NFC

    Sebuah telefon yang masih lagi mendapat sambutan sejak pelancarannya pada tahun lepas, POCO X3 NFC mendapat tempat kelima dalam telefon yang paling popular di kalangan pembaca TechNave. Dengan harga RM799, ia menampilkan spesifikasi yang sangat menarik untuk cipset Snapdragon 732G, RAM 6GB, skrin FHD+ 6.67 inci 120Hz, kamera kuad 64MP, bateri 5,160mAh dan pengecasan pantas 33W.

    Daripada segi luaran, ia mempunyai rekaan jalur yang agak unik, pengimbas cap jari di sisi dan prestasi gaming yang agak bagus. Pastikan anda baca ulasan kami untuk mengetahui sama ada telefon ini sesuai untuk anda pada tahun 2021.

    5 Tablet Paling Popular

    1. Samsung Galaxy Tab A7

    Memandangkan wabak COVID-19 telah memaksa ramai orang untuk bekerja dan belajar dari rumah, Samsung Galaxy Tab A7 nampaknya menjadi tablet pilihan ramai di kalangan pembaca TechNave kerana fungsinya yang lengkap pada harga serendah RM999 sahaja. Dengan nipis 7mm dan reka bentuk premium, Galaxy Tab A7 dilengkapi skrin 2K berukuran 10.4 inci, cipset Snapdragon 662 dan bateri 7,040mAh.

    Ia mempunyai RAM 3GB, storan 32GB, empat pembesar suara stereo dan sebuah kamera swafoto 5MP yang memadai untuk mesyuarat dalam talian serta kegunaan harian. Walaupun ia telah dilancar pada Oktober 2020, tablet ini masih lagi mendapat sambutan hangat pada 2021.

    1. Samsung Galaxy Tab S6 Lite

    Sebuah lagi tablet Samsung yang dilancar pada 2020, Samsung Galaxy Tab S6 Lite dijual pada harga RM1,699 dan datang bersama papan kekunci Targus Bluetooth percuma dan sokongan untuk stilus S Pen. Ia merupakan gantian yang menarik dan ringan kepada komputer riba kelas permulaan.

    Spesifikasi tablet ini termasuklah skrin 2K berukuran 10.4 inci, pembesar suara Dolby Atmos yang ditala oleh AKG Harman dan RAM 4GB. Harganya baru sahaja diturunkan kepada RM1,499, jadi ia mungkin akan diturunkan lagi untuk suku kedua 2021.

    1. Samsung Galaxy Tab A 8.0 (2019)

    Buat mereka yang inginkan skrin lebih besar daripada 7 inci namun tidak mahukan tablet sebesar 10 inci, Samsung Galaxy Tab A 8.0 (2019) yang mempunyai skrin 8 inci mungkin adalah sesuai untuk anda. Walaupun usianya sudah pun mencapai 2 tahun, ia masih dijual dengan banyak kerana harganya yang agak murah iaitu RM599 sahaja.

    Cipset Snapdragon 429 merupakan cipset yang sangat cekap tenaga manakala bateri 5,100mAh adalah lebih besar berbanding tablet 8 inci yang lain.

    1. Apple iPad 10.2 inci (2020)

    iPad 10.2 inci (2020) merupakan satu-satunya produk Apple dalam senarai tablet paling popular ini, dengan harga RM1,449. Ia mempunyai mutu buatan yang sangat kukuh, membuatkan tablet ini kekal relevan pada tahun ini walaupun ia adalah produk 2020.

    Tablet ini adalah sempurna buat mereka yang sudah biasa dengan ekosistem Apple manakala pengguna Android pula tidak akan mengalami masalah yang besar untuk belajar menggunakan iPad. Spesifikasinya termasuklah skrin 10.2 inci (2160×2160) dan sistem operasi iPadOS yang menyokong Apple Pencil, tetikus Bluetooth dan controller PlayStation 4.

    1. HUAWEI MatePad T 10s

    Tablet terakhir dalam senarai ini adalah HUAWEI MatePad T 10s yang dijual pada harga RM799. Seperti peranti HUAWEI yang lain, ia tidak menyokong kebanyakan aplikasi berasaskan Google Mobile Services (GMS) jadi ini mungkin telah menghilangkan minat di kalangan pengguna. Walau bagaimanapun, perkhidmatan Google masih boleh diakses melalui pelayar web jadi ia bukanlah satu masalah yang besar.

    Spesifikasinya juga lebih canggih berbanding tablet lain yang dijual pada harga serupa, dengan cipset Kiri 710A, skrin 10.1 inci Full HD+ dan pembesar suara Harman Kardon. Platform HUAWEI AppGallery menyediakan pelbagai aplikasi yang sangat berguna, jadi tablet ini adalah menarik jika anda tidak begitu kisah tentang GMS.

    5 jam tangan pintar paling popular

    1. Xiaomi Mi Watch

    Jam tangan Xiaomi Mi Watch menawarkan rekaan bulat yang sama dengan jam tangan biasa dan skrin AMOLED berukuran 1.39 inci. Baterinya boleh tahan sehingga 16 hari dan jika anda menggunakan fungsi GPS, ia boleh tahan selama 50 jam.

    Dengan harga RM469, Mi Watch menawarkan nilai yang lengkap, hayat bateri lama, 117 mod sukan dan banyak lagi, membuatkan ia jam tangan yang paling popular di kalangan pembaca TechNave untuk suku pertama 2021.

    1. Xiaomi Mi Watch Lite

    Dengan muka jam berbentuk petak mirip Apple Watch, Mi Watch Lite menampilkan skrin yang lebih besar berbanding Mi Watch dengan ukuran 1.4 inci namun baterinya lebih singkat dengan penggunaan 9 hari sahaja. Ia kini dijual pada harga RM249, lebih murah daripada Mi Watch.

    Mod sukan juga telah dikurangkan kepada 11 namun sekurang-kurangnya ia mempunyai GPS, sensor altitud, sensor tekanan udara dan pengukur degupan jantung. Jika anda meminati muka jam berbentuk petak, Mi Watch Lite adalah pilihan tepat untuk anda.

    1. realme Watch S Pro

    Antara jam terawal yang dilancar pada tahun 2021 adalah realme Watch S Pro yang menawarkan hayat bateri 14 hari, paparan AMOLED 1.39 inci dan sarung besi tahan karat berharga RM599. Daripada segi fungsi, ia dilengkapi dua sensor GPS, sensor oksigen darah dan pengukur degupan jantung.

    realme adalah jenama yang sinonim dengan telefon pintar mampu milik, namun jam ini bukan bersifat sedemikian kerana ia adalah agak premium, dan mungkin itu sebabnya ia berada dalam tempat ketiga.

    1. HUAWEI Watch Fit

    Jam tangan HUAWEI Watch Fit menampilkan muka jam segi empat tepat dan agak panjang berbanding jam tangan pintar lain. Ia mempunyai skrin AMOLED 1.64 inci dan dijual pada harga RM499.

    Ciri menarik yang terdapat pada jam ini adalan rating kalis air 5 ATM, pengukur degupan jantung dan sensor SpO2.

    1. HUAWEI Watch GT 2 Pro

    Seutas lagi jam tangan pintar yang dilancar pada 2020, HUAWEI Watch GT 2 Pro adalah jam yang paling mahal dalam senarai ini iaitu pada harga RM1,199 dan harganya masih belum turun sehingga sekarang. Dengan badan yang dibuat daripada titanium dan dua butang di bahagian sisi, jam ini adalah sebuah produk premium untuk mereka yang inginkan rekaan eksklusif.

    Ia dilengkapi cipset Kirin A1 dan skrin AMOLED 454×454 berukuran 1.39 inci yang dilitupi kristal nilam (sapphire) dan permukaan belakang seramik. Material khas ini mungkin telah meningkatkan harganya namun ia masih mampu untuk berada dalam tempat kelima untuk senarai ini.

    5 komputer riba paling popular

    1. Acer Swift 5 SF514-55TA

    Dengan peningkatan amalan bekerja dan belajar dari rumah, Acer Swift 5 SF514-55TA telah mendapat carian tertinggi di kalangan pembaca TechNave, mungkin kerana spesifikasinya yang bagus pada harga RM3,999. Lagipun, tidak banyak komputer di luar sana yang menawarkan cipset Intel i% generasi ke-11 dan NVIDIA MX350 pada harga tersebut.

    Dengan berat hanya 1.05kg, komputer ini mudah dibawa ke mana-mana untuk mereka yang kerap bergerak. Ia juga dilengkapi skrin Full HD 14 inci yang bagus untuk kegunaan am.

    1. ASUS TIF Gaming A15

    Nampaknya sebuah komputer riba gaming berjaya mendapat perhatian tinggi di kalangan pembaca TechNave namun tidak mengejutkan bahawa ia adalah ASUS TUF Gaming A15 iaitu sebuah komputer gaming yang agak murah berbanding komputer gaming lain iaitu pada harga RM5,299. Ia dilengkapi cipset AMD Ryzen 7-5800H lapan teras dan NVIDIA GeForce RTX 3060 atau 3070, cukup untuk memainkan game terkini dengan prestasi tinggi.

    Ia turut dilengkapi skrin FHD 15.6 inci 144Hz dengan Adaptive Sync atau 240Hz dengan masa tindak balas 8ms, membuatkan ini produk yang menarik buat mereka yang inginkan komputer gaming pada harga lebih rendah berbanding jenama lain.

    1. HUAWEI MateBook D 15 R5

    Komputer riba HUAWEI MateBOOK D 15 R5 merupakan sebuah produk yang dijual pada harga mampu milik iaitu RM2,499 dan boleh dilengkapi cipset AMD Ryzen 5 hinggalah Ryzen 7-3700U. Ia menampilkan rekaan yang nipis dan ringan serta kamera webcam yang berada di bawah papan kekunci di mana pengguna boleh mengeluarkannya sewaktu penggunaan.

    Ia turut dilengkapi dwi-pembesar suara, dwi-mikrofon, sistem operasi Microsoft Windows 10 Home Edition dan skrin 15.6 inci Full HD.

    1. MSI Raider GE76

    Komputer gaming MSI GE76 Raider yang berharga RM9,999 adalah produk yang anda inginkan untuk prestasi pantas tanpa sebarang kompromi. Dengan pemproses Intel Core i7-10870H dan NVIDIA GeForce RTX 3070, ia adalah cukup untuk memainkan game terkini dengan tetapan grafik tinggi.

    1. JOI Book SK3000

    Komputer kelas permulaan ini dilengkapi Qualcomm Mobile Compute Platform yang memberikan hayat bateri panjang, hubungan 4G LTE, prestasi senyap dan sokongan memori tambahan melalui microSD. Ia mula dijual pada harga RM2,199 namun kini telah diturunkan kepada RM1,999 namun masih menjana prestasi yang lebih pantas berbanding komputer lain dalam jurang harga ini.

    Jangan lupa untuk baca ulasan kami jika anda berminat untuk membeli JOI Book SK3000. Buat masa ini, komputer riba berasaskan cipset ARM bakal dilancar di Malaysia dengan lebih banyak lagi.

    Ranking keseluruhan gajet paling trending dalam TechNave untuk Q1 2021

    Telefon pintar

    1. Samsung Galaxy S21 Ultra 5G
    2. Oppo Reno 5 5G
    3. Xiaomi Redmi 9T
    4. Samsung Galaxy A12
    5. Xiaomi Poco X3 NFC
    6. Xiaomi Mi 11
    7. Apple iPhone 12 Pro Max
    8. Xiaomi Redmi Note 10 Pro
    9. Realme X7 Pro
    10. Xiaomi Mi 10T Pro 5G

    Tablet

    1. Samsung Galaxy Tab A7
    2. Samsung Galaxy Tab S6 Lite
    3. Samsung Galaxy Tab A 8.0 (2019)
    4. Apple iPad 10.2 2020
    5. Huawei MatePad T 10s

    Jam tangan pintar

    1. Xiaomi Mi Watch
    2. Xiaomi Mi Watch Lite
    3. Realme Watch S Pro
    4. Huawei Watch Fit
    5. Huawei Watch GT 2 Pro

    Komputer riba

    1. Acer Swift 5 SF514-55TA
    2. ASUS TUF Gaming A15
    3. HUAWEI MateBook D 15 R5
    4. MSI Raider GE76
    5. JOI Book SK3000
    6. Dell Inspiron 15 3505
    7. Acer Nitro 5 AN515-43
    8. ASUS TUF Gaming A15 2021
    9. Dell Inspiron 15 3501
    10. HP OMEN 15

    Mungkin senarai di atas bakal membantu anda untuk memilih gajet elektronik anda yang seterusnya. Kongsi pendapat anda tentang senarai ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri iQOO Z9 disahkan SIRIM, mungkin dilancar di Malaysia tidak lama lagi

    iQOO sedang bersiap sedia untuk melancarkan siri iQOO Z9 di China tidak lama lagi dengan jangkaan model standard akan menampilkan spesifikasi berbeza...

    Acer lancarkan Swift Go 14: Dinaik taraf dengan Intel Core Ultra 9 berharga RM3,899

    Acer Malaysia telah memperkenalkan versi terkini bagi siri Acer Swift Go 14 yang nipis dan ringan, menampilkan grafik Intel ARC untuk meningkatkan...

    Acer Swift Go 14 (2024) dilancar di Malaysia: Komputer riba dengan fungsi AI, skrin...

    Pada hari ini, Acer Malaysia melancarkan komputer riba multimedia Acer Swift Go 14 terbaru yang menampilkan rekaan nipis (14.9mm) dan ringan (1.32kg),...

    NASA sahkan objek yang menembusi bumbung di AS adalah serpihan roket

    Pada 8 Mac 2024, satu serpihan roket angkasa lepas dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) terhempas dan menembusi bumbung sebuah rumah di Naples,...

    Panduan beli-belah gajet dan peranti murah sempena Hari Raya 2024!

    Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu daripada perayaan terbesar di Malaysia, jadi pelbagai syarikat teknologi dan elektronik akan mengambil kesempatan ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X