More

    Galaxy Fold 2, peranti boleh lipat yang bakal muncul dengan skrin 7.7 inci 120Hz

    Semakin hampir tarikh pelancaran sesuatu peranti, semakin banyak maklumat yang mula didedahkan. Internet hari ini menjadi saksi pendedahan spesifikasi skrin peranti boleh lipat kedua Samsung, Galaxy Fold 2 yang bakal dilancarkan 5 Ogos ini.

    Menurut sumber, Galaxy Fold 2 bakal hadir dengan skrin berukuran 7.7 inci dan 6.3 inci apabila dilipat. Spesifikasi ini lebih besar daripada skrin Galaxy Fold terdahulu.

    Lebih menarik, skrin 7.7 inci ini dilengkapi kadar segar semula 120Hz dengan resolusi 2213 x 1689 piksel, manakala paparan hadapan yang telah dilipat memiliki kadar segar semula standard 60Hz. Skrin yang diperbuat daripada Samsung Ultra Thin Glass ini menggunakan teknologi sama daripada skrin Galaxy Z Flip.

    Apa pun, berita ini merupakan maklumat tidak rasmi. Apakah pandangan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BGR

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured