More

    Galaxy M36 5G dilancar: Exynos 1380, Super AMOLED 120Hz bermula ~RM1,137

    Samsung telah melancarkan telefon pintar terbaharu Galaxy M36 5G dalam pasaran India. Peranti ini hadir sebagai tambahan dalam siri Galaxy M dan disasarkan untuk pengguna yang mahukan prestasi kukuh dengan harga berpatutan. Galaxy M36 5G dilengkapi skrin Super AMOLED bersaiz 6.7 inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz.

    Skrin ini turut dilindungi dengan Corning Gorilla Glass Victus+ menjadikannya lebih tahan lasak untuk kegunaan harian. Daripada segi prestasi, telefon ini dikuasakan cip pemproses Exynos 1380 yang dibina menggunakan proses 5nm. Ia dipadankan dengan dua pilihan RAM iaitu 6GB dan 8GB serta storan dalaman 128GB atau 256GB yang boleh ditambah menggunakan kad mikroSD.

    Galaxy M36 5G menampilkan tetapan tiga kamera belakang dengan kamera utama 50MP yang menyokong OIS diikuti kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapan pula beresolusi 13MP dan menyokong rakaman video 4K. Baterinya pula berkapasiti besar iaitu antara 5,000mAh menyokong pengecasan pantas 25W. Galaxy M36 5G juga menjalankan sistem operasi Android 15 dengan antaramuka One UI 7.

    Beberapa ciri AI turut disertakan termasuk fungsi Circle to Search, Gemini Live dan pelbagai alat penyuntingan imej berasaskan AI seperti Object Eraser serta Image Clipper. Rekaan telefon ini juga moden dan ringan dengan ketebalan hanya 7.7mm. Ia tidak mempunyai bicu audio 3.5mm tetapi dilengkapi dengan pembesar suara stereo dan pengimbas cap jari di sisi.

    Sambungan seperti Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.3 turut disokong. Samsung Galaxy M36 5G ditawarkan dalam tiga warna iaitu Velvet Black, Serene Green dan Orange Haze. Harga rasmi bermula sekitar ₹16,499 (~RM1,137). Nantikan pengumuman rasmi daripada Samsung Malaysia jika ianya akan dipasarkan di sini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured