More

    Galaxy Unpacked: Jom tonton persembahan The Pre-Party pada jam 9PM!

    Sempena acara pelancaran Galaxy Unpacked pada jam 10:00 malam ini, Samsung Malaysia akan menganjurkan sebuah acara pendahuluan The Pre-Party yang akan disiarkan secara langsung dalam laman YouTube rasmi Samsung Malaysia pada malam ini jam 9:00 malam.

    The Pre-Party akan menampilkan ramai selebriti tempatan bagi menyambut pelancaran pelbagai peranti elektronik Samsung pada malam ini. Selebriti ini termasuklah Jinny Boy, Alexis Sue Ann, Alif Satar, Daiyan Trisha, Josephine Yap, Marianne Tan dan kumpulan penyanyi DOLLA.

    Dalam acara pendahuluan ini, para selebriti akan mengambil bahagian dalam beberapa permainan menarik yang akan mengacah sedikit produk Samsung yang akan dilancar pada malam nanti. Ia boleh ditonton di YouTube, Facebook atau laman web Samsung Malaysia.

    Jika anda berminat untuk membeli produk Samsung yang akan diperkenalkan malam ini, anda boleh mendaftarkan diri di laman web Samsung Malaysia untuk mendapatkan e-baucar RM300 apabila anda membuat pra-tempahan untuk peranti Galaxy seterusnya.

    Beritahu kami di Facebook jika anda teruja dengan acara Samsung malam ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Boost SME dilancar: Platform perbankan digital PKS dengan faedah harian 3.0%

    Boost melancarkan Boost SME iaitu sebuah platform perbankan digital sepenuhnya yang menghimpunkan perkhidmatan kewangan, pembayaran dan perbankan dalam satu ekosistem. Langkah ini...

    Samsung jadi pengeluar TV dan monitor rasmi untuk Call of Duty: Modern Warfare 4

    Samsung Electronics mengumumkan kerjasama eksklusif bersama Activision untuk menjadi rakan kelengkapan paparan dan audio rasmi permainan Call of Duty: Modern Warfare 4....

    Kereta EV pertama Ferrari dilelong pada harga $40 juta

    Ferrari Luce yang merupakan kereta elektrik (EV) pertama keluaran Ferrari telah dijual pada harga $40 juta (~RM177 juta) dalam satu acara lelong....

    Sony tamatkan cakera fizikal PS5, harga “game” digital akan lebih murah?

    Sony mengesahkan akan menghentikan pengeluaran cakera fizikal bagi permainan baharu PlayStation bermula Januari 2028. Keputusan ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna bahawa...

    Google kini benarkan pengguna Gemini buang “watermark” pada kandungan AI

    Google mengemaskini platform Gemini dengan memperkenalkan tetapan baharu yang dinamakan Media Watermark. Tetapan ini memberikan pilihan kepada pengguna untuk mengekalkan atau mengalih...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured