More

    Gambar atau video anak anda dimuat naik ke media sosial tanpa kebenaran? Laporkan kepada MCMC

    Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching mengingatkan ibu bapa dan para penjaga supaya membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) jika mereka mendapati gambar atau video yang memaparkan anak-anak mereka dimuat naik ke media sosial tanpa kebenaran.

    Menurutnya, MCMC mempunyai kuasa untuk menurunkan sebarang kandungan media sosial yang melibatkan kanak-kanak yang dimuat naik tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga sah. Ini bagi memastikan tiada pihak boleh mengeksploitasi kanak-kanak demi kepentingan peribadi.

    Walaupun Kementerian Komunikasi tidak mempunyai garis panduan khusus mengenai perkara tersebut, Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai panduan mengenai penggunaan media sosial melibatkan guru dan murid yang dikeluarkan sejak 2017.

    Beliau menitik beratkan kepentingan untuk mendapatkan persetujuan daripada ibu bapa dan penjaga untuk sebarang kandungan media sosial yang melibatkan kanak-kanak. Tindakan boleh diambil jika ia dimuat naik tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga.

    Pada 4 Mac lalu, Menteri Pendidikan YB Fadhlina Sidek berkata para guru tidak boleh menyalahgunakan platform media sosial dan tindakan tegas akan diambil jika mereka melanggari garis panduan mengenainya.

    Susulan daripada itu, pada 18 Mac pula, pengerusi Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) Rafiq Razali mengingatkan para guru supaya tidak menjadikan para pelajar sebagai kandungan dalam media sosial, terutamanya jika mereka tidak menerima izin daripada ibu bapa.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured