More

    Gambar bayangan dan beberapa spesifikasi Motorola Edge+ kini muncul

    Mungkin anda sudah membaca tentang spesifikasi dan ciri teknologi peranti Motorola akan datang di mana-mana, tetapi kali ini kami akan menggabungkan semua khabar angin yang ada setakat ini mengenai Motorola Edge+.

    Seorang penggiat teknologi telah memberikan gambar bayangan Motorola Edge+. Melalui gambar ini, anda dapat lihat reka bentuk Edge+ dalam pelbagai sisi. Apa yang menariknya, mungkinkah paparan waterfall seperti tanpa sempadan ini menjadi inspirasi kepada Motorola untuk menamakannya Edge+?

    Paparan hadapan memperlihatkan kamera selfie skrin berlubang dan berkemungkinan sensor cap jarinya adalah di bawah skrin. Panel belakang pula memperlihatkan tetapan tiga kamera utama dengan lampu kilat dwi-LED. Selain daripada gril pembesar suara, kami percaya anda juga dapat melihat kewujudan bicu audio 3.5mm.

    Apa pun, Motorola Edge+ dikatakan mempunyai paparan berukuran 6.67 dengan kadar segar semula 90Hz, dihuni cipset Snapdragon 865 bersama RAM 8GB/12GB.

    Jika membayangkan prestasinya, mungkin peranti ini boleh menjadi pesaing dengan peranti cipset Snapdragon 865 yang lain. Terdahulu, sumber turut melaporkan tentang markah GeekBench model Motorola yang diyakini sebagai Motorola Edge+.

    Adakah anda merupakan bekas pengguna Motorola ketika zaman kegemilangannya dahulu? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

    Sumber: Pricebaba melalui GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured