More

    Gambar dan spesifikasi Samsung Galaxy Tab A8 2021 tertiris, mungkin dilengkapi skrin 10.5 inci

    Samsung dijangka bakal melancarkan tablet kelas pertengahan Samsung Galaxy Tab A8 (2021) dalam masa terdekat, di mana ia dijangka akan mempunyai skrin berukuran 10.5 inci. Kini, beberapa gambar dan spesifikasi lanjut tentang tablet tersebut telah tertiris dalam sebuah laman web media Jerman.

    Menurut sumber, Galaxy Tab A8 10.5 (2021) akan mempunyai skrin LCD dengan resolusi Full HD+ dan nisbah aspek 16:10, cipset Unisoc Tier T618, RAM 3GB atau 4GB, storan dalaman 32GB, 64GB atau 128GB, bateri 7,040mAh dan sistem operasi Android 11. Untuk kamera, ia mempunyai kamera utama 8MP manakala di hadapan pula adalah kamera swafoto 5MP.

    Daripada segi luaran, ia mempunyai dua pembesar suara Dolby Atmos, port USB-C, pengimbas cap jari di bahagian sisi serta bicu audio 3.5mm. Tablet itu dikhabarkan bakal ditawarkan dalam tiga warna iaitu hitam, kelabu dan gangsa.

    Harganya untuk pasaran Eropah dijangka bermula daripada EUR230 (~RM1,100) untuk varian Wi-Fi dan dijual bermula pertengahan bulan Januari 2022.

    Adakah anda berminat dengan tablet Samsung ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WinFuture.de

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured