More

    Gambar zum dari kamera Samsung Galaxy S21 Ultra tertiris, lebih jelas daripada Note20 Ultra

    Dengan 2021 yang semakin hampir, berita tentang telefon pintar andalan Samsung yang seterusnya Samsung Galaxy S21 semakin mencurah-curah. Terbaru, seorang pengguna Twitter telah berkongsi gambar yang diakuinya diambil menggunakan kamera Samsung Galaxy S21 Ultra dan membandingkannya dengan gambar daripada kamera Note20 Ultra.

    Akaun Twitter @chunvn8888 telah memuat naik kedua-dua gambar tersebut dalam sebuah ciapan, di mana ia diambil sambil dipegang (handheld) dengan zum 50x serta kedua-dua telefon dilengkapi cipset Exynos. Beliau membandingkan rupa bulan dalam kedua-dua gambar dan gambar daripada Galaxy S21 Ultra menunjukkan lebih banyak butiran dan penghasilan warna yang lebih tepat berbanding Note20 Ultra.

    Teknologi Space Zoom 100x dalam kamera Galaxy S20 Ultra dan Space Zoom 50x dalam Note20 Ultra merupakan antara ciri yang paling diiklankan oleh Samsung dan nampaknya ia akan dikekalkan dalam Galaxy S21 Ultra dengan penambahbaikan. Kamera Galaxy S21 Ultra dikhabarkan akan dilengkapi dua kamera telefoto, di mana satu adalah kamera telefoto 10MP dengan zum 3x manakala satu lagi adalah kamera telefoto super 10MP dengan zum 10x.

    Setakat ini, siri Galaxy S21 dijangka akan dilancarkan pada bulan Januari 2021. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Headlines

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...