More

    Gambar janaan komputer untuk Samsung Galaxy Z Flip 3 muncul di dalam talian

    Samsung bakal melancarkan siri telefon andalan mereka, siri Galaxy S21 pada 14 Januari ini. Dalam acara tersebut, mereka juga dijangka akan memperkenalkan generasi baru untuk telefon pintar lipat mereka, Galaxy Z Flip 3.

    Berdasarkan sumber, beberapa gambar janaan komputer Galaxy Z Flip 3 ini telah muncul di dalam talian. Peranti ini dilihat hadir dengan gabungan reka bentuk Galaxy Z Flip yang lama bersama reka bentuk siri Galaxy S21.

    Gambar tersebut juga menunjukkan Galaxy Z Flip 3 ini mempunyai tiga kamera pada bahagian belakang, sama seperti siri telefon Galaxy S21.

    Tambahan lagi, saiz skrin peranti ini telah meningkat sedikit dengan ketebalan rangka yang lebih nipis. Engsel peranti ini juga dilihat telah direka semula.

    Untuk spesifikasi pula, Galaxy Z Flip 3 ini dijangka hadir dengan skrin 6.9 inci bersama kadar segar semula 120Hz.

    Selain itu, peranti ini juga dikhabarkan akan menggunakan kaca ultra-thin glass (UTG), kaca yang sama digunakan oleh Galaxy Z Fold2. Ia juga dikatakan akan mempunyai bateri yang lebih besar iaitu 3,800mAh.

    Nantikan berita lanjut mengenai peranti di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured