More

    Gambar kotak tablet Xiaomi Mi Pad 5 diumum, mungkin tidak disertakan dengan pengecas

    Sejak Apple memutuskan untuk tidak menyertakan pengecas telefon di dalam kotak iPhone 12, beberapa syarikat teknologi lain dilihat mengikut langkah tersebut untuk beberapa produk mereka. Kini, Xiaomi pula mungkin akan berbuat demikian untuk tablet mereka yang seterusnya.

    Sebuah gambar yang menunjukkan rupa kotak Xiaomi Mi Pad 5 telah pun diumumkan dalam lama rasmi Xiaomi di Weibo, di mana ia menunjukkan rupa yang agak nipis. Gambar itu turut disertakan dengan kapsyen, “Akan ada sedikit kejutan dalam pertemuan kita kali ini. Pada 10 Ogos, kami akan bertemu dengan anda secara rasmi.”

    Kotaknya yang nipis mungkin bermakna tablet tersebut tidak akan dipasarkan bersama pengecasnya. Tablet tersebut bakal dilancar pada 10 Ogos (esok) dan ia dijangka akan dilengkapi skrin LCD 10.95 inci dengan kadar 120Hz dan cipset Snapdragon 870.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet Xiaomi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...