More

    Gambar OPPO F19 diacah, mungkin dilancar seawal bulan April

    Sebelum ini, OPPO India telah mengacah kehadiran OPPO F19 selepas mereka melancarkan OPPO F19 Pro dan OPPO F19 Pro+ 5G tidak lama yang lalu. Namun, sehingga kini, mereka telah kekal senyap tanpa sebarang berita baru.

    Terbaru, OPPO Sri Lanka pula telah mengacah kehadiran OPPO F19 dan menyatakan bahawa peranti ini akan dilancarkan tidak lama lagi (mungkin pada bulan April). Gambar tersebut menunjukkan bahawa OPPO F19 dilengkapi panel belakang melengkung yang menempatkan tiga kamera dengan kamera utama 48MP.

    Buat masa ini, OPPO belum lagi menunjukkan reka bentuk hadapan dan spesifikasi peranti ini. Sumber sebelum ini menyatakan ia mungkin akan hadir dengan bateri 5,000mAh dan dijual pada tanda harga Rs 20,000 (~RM1,131).

    Mengikut namanya, ia akan hadir dengan spesifikasi yang lebih rendah dari OPPO F19 Pro. OPPO F19 Pro hadir dengan skrin AMOLED 6.43 inci, kamera swafoto 16MP, kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP.

    OPPO F19 Pro juga menggunakan cipset Helio P95, sensor cap jari dalam skrin, bateri 4,310mAh bersama pengecasan pantas 30W. Ia juga dilengkapi RAM 8GB, storan UFS 2.1 128GB, kad microSD dan ColorOS 11 atas Android 11.

    Perlu diingat, siri F dari OPPO ini mungkin tidak lagi akan memasuki pasaran Malaysia kerana OPPO Malaysia sebelum ini pernah menyatakan bahawa mereka ingin fokus kepada tiga siri sahaja iaitu siri Find X, siri Reno dan siri A.

    Adakah anda berminat dengan peranti ini? Berikan komen di Facebook anda dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...