More

    Gambar pilihan warna untuk siri Huawei P40 muncul di internet

    Nampaknya sebuah gambar yang menunjukkan semua telefon pintar dalam siri Huawei P40 sudah pun muncul dalam internet. Gambar itu menunjukkan warna yang boleh didapati bagi model flagship tersebut yang terdiri daripada Huawei P40, Huawei P40 Pro dan P40 Pro Premium.

    Sekali pandang, semua peranti dalam gambar tersebut mungkin nampak sama tetapi kita boleh lihat perbezaannya pada bahagian kamera. Huawei P40 mempunyai tiga kamera, Huawei P40 Pro mempunyai empat kamera yang termasuk dengan kanta periscope dan Huawei P40 Pro Premium pula mempunyai lima kamera.

    Huawei P40 Pro Premium dikhabarkan akan dibuat daripada seramik dan bukannya kaca seperti yang terdapat dalam telefon flagship lain. Ia juga nampaknya boleh didapati dalam warna hitam atau putih.

    Manakala, P40 dan P40 Pro akan datang dengan warna perak, kelabu, jingga, hitam, biru dan Aurora. Beritahu kami di Facebook jika anda teruja dengan pengumuman siri Huawei P40 pada 26 Mac nanti dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured