More

    Gambar PlayStation 5 dibocorkan, nampak lebih besar daripada konsol lain

    Sony sudah pun umumkan PlayStation 5 pada minggu lepas dengan rupa bentuk konsol tersebut, namun kita masih tidak dapat memastikan saiznya. Kini sebuah gambar perbandingan saiz konsol tersebut dengan konsol-konsol lain telah pun dimuat naik.

    Menurut ITHome, sebuah gambar PS5 telah dimuat naik ke sebuah forum komuniti di Jepun. Dalam gambar tersebut, PS5 telah diletakkan bersebelahan Xbox One dan Nintendo Switch Lite untuk dibandingkan saiznya.

    Nampaknya saiz PS5 ini lebih besar berbanding Xbox One. Memandangkan saiz PlayStation 4 Pro adalah lebih kurang sama dengan Xbox One, kita boleh andaikan PS5 adalah PlayStation yang paling besar dalam sejarah konsol tersebut.

    Selain itu, kita juga boleh melihat port USB Type-A dan Type-C di bahagian hadapan serta ruang pengudaraan di antara badan utama PS5 dengan lapisan luaran yang berwarna putih.

    Media IGN pula membuat tekaan terhadap saiz PS5 berdasarkan saiz ruang cakera padat yang terdapat pada konsol tersebut dan telah membuat carta perbandingan saiz dengan konsol lain.

    Apakah pendapat anda tentang saiz PS5 ini? Kongsikannya di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ITHome, IGN

     

    Artikel Terkini

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    EU KIDS Act diperkenal untuk lindungi kanak-kanak bawah 15 tahun

    Suruhanjaya Eropah telah mengumumkan cadangan rasmi bagi rang undang-undang EU KIDS Act yang bertujuan mempertingkatkan keselamatan kanak-kanak dalam talian di seluruh Kesatuan...

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured