More

    Gambar pokok kelapa daripada seorang rakyat Malaysia curi perhatian Apple di Instagram

    Instagram merupakan salah satu pilihan laman perkongsian gambar dan rakaman berharga. Selain daripada perkongsian peribadi, Instagram juga mampu menjadi laman untuk anda mempamerkan bakat terpendam seperti bakat fotografi. Jika anda bertuah dan sememangnya berbakat, pastinya jenama-jenama besar akan mula mengenali anda.

    Terdahulu, Apple juga telah mengongsikan satu gambar daripada rakyat Malaysia. Terkini, sumber melaporkan salah seorang rakyat Malaysia sekali lagi telah berjaya mencuri pandangan jenama terkenal Apple. Apple yang tertarik dengan gambar tersebut telah mengongsikannya di laman Instagram rasmi Apple.

    Untuk pengetahuan anda, gambar yang berjaya mencuri perhatian Apple ini hanya diambil menggunakan peranti iPhone. Gambar tersebut telah mendapat lebih 400,000 sukaan (likes) di laman Instagram Apple. Dengan hanya berlatar belakangkan langit bergradien dan seorang lelaki yang sedang memanjat pokok kelapa, gambar ini sememangnya kelihatan menarik.

    Perkongsian ini sekaligus membawa nama Malaysia dan suasana di Malaysia ke mata dunia. Adakah anda gemar merakam gambar atau video menggunakan peranti iPhone? Beritahu di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi viral terkini.

    Sumber: Siakap Keli | Apple

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...