More

    Gambar rasmi Google Pixel 4a dikeluarkan

    Menurut 9to5Google, Google Store telah memuat naik imej rasmi untuk telefon pintar Pixel 4a yang dijangkakan akan dilancar pada akhir bulan ini. Daripada imej tersebut, rupa luaran Pixel 4a boleh dilihat.

    Di belakang telefon, terdapat sebuah bonggol kamera berbentuk petak yang turut terdapat dalam Pixel 4 namun dalam telefon ini ia hanya mempunyai satu lensa. Di samping itu, terdapat juga sebuah pengimbas cap jari di bahagian belakang.

    Di bahagian depan, lubang punch hole untuk kamera swafoto boleh dilihat pada bahagian atas kiri. Daripada segi spesifikasi, Pixel 4a dijangkakan akan dilengkapi cipset Snapdragon 730, RAM 6GB dan storan 128GB. Laporan awal mengatakan ia akan dijual pada harga US$300 (~RM1,281), harga yang agak mahal untuk telefon kelas pertengahan.

    Walaupun masih banyak yang tidak pasti tentang telefon ini, besar kemungkinan ia masih tidak akan dijual secara rasmi di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9to5 Google

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...